Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Renungan buat kita yang pelupa : 6 perkara Allah sembunyikan

6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Maka kita renungkanlah disebalik ketersembunyian itu. Mungkin itulah tanda Allah ingin menguji di kalangan hambanya siapakah yang lebih mampu menerima dan melaksanakan perintahnya walau dalam keadaan suka dan duka. Ingatlah Allah sentiasa berlaku adil kepada hambanya..
Bersama kita renungkan dan sampaikan kepada mereka yang kita sayangi dan sahabat yang lain. Mudah-mudah kita tidak tergolong di dalam golongan yang rugi.
Waallahu A'lam

Monday, 1 August 2011

Motivasi - Rahsia iblis yang patut kita ketahui


Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"


Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,
pemungkir janji."


Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"


Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak
Membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."


Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal
engkau?"


 Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika
tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah
benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, Malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"


  Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
Mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"


Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut
Bulu  ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan
bersekedudukan dengan engkau ?"


Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan
mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila
dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan
pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan
bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah
pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak
terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"


Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan
hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa
ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi
dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"



Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika
berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan
sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka
betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Ilahaillallah dan
istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".


"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan
kanak-kanak yang bersiul itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba
dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang
bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau
di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari
gelap-gelita kepada terang-benderang".


Jawab Iblis: "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah
Katanya

: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh
mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya
senanglah hamba mencelah di dalamnya"


 Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka
itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan
Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.  Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat


  2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut
hasutanku.


  Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat
mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


  Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan
hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat
Muhammad  SAW.

Wednesday, 27 July 2011

Motivasi - aduhai citut.........

"Tuan-tuan dan puan-puan katak, Hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi tasik titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat!

Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing".

Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing. ada yang berteduh dibawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan yang gilang gemilang yang akan sedang berlangsung ini.

"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekelian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan dari seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu.. dan hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!"

"Ong... Ong.. Ong.." sorakkan dari para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk "Booo... Booo... , dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu.."

Kegarisan...
Sedia...
Mula..

POnnnnn!!! siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.

Penuntut bersorak sorai memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung.. semua peserta kelihatan berenang dengan pantas.. namun begitu kelihatan seekor katak berenang terhoyong-hayang. Ramai yang ketawakannya.

"Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh.."
"aa'ah.. terkedek-kedek macam katak!
"eh bukan die memang katak ker?
"owh lupe.. die katak.. eh kita pon katak jugak kan?"
"a'aah la.. lupe lah.. hisshh."
"hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!"


Weih... Scitut sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang tasik tuh.. kaki kau dah la cacat... telinge pulak pekak... bisu pulak tue! takkan berjaya nyer...
A'aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!
Hahahah...


Setelah 3 Jam pertandingan...

Kesemua katak-katak kepenatan.. seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir..

"dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh siuuuttt.. dah la.."
"katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hampa.."


Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.

"Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi.."

Ada diantara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. ada yang dibunuh.. ..mati katak!

Namun begitu.. si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat.. cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakkan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung..

"Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!" Suara hatinya membisikkan kata semangat.

"Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balas sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah" Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.

Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.

Ha.. begitu jugak dengan kita, walau apa pun kita lakukan.. walaupun kita serba kekurangan.. ade banyak kelemahan dan kekangan.. kita tetap kene lakukan dengan bersemangat! anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada "suara-suara ghaib" itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.

Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karena "suara-suara ghaib" tersebu

Motivasi - Sejenak kita fikirkan..

ORANG KATA …..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA …..
orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study ….. past year papers .. etc .. etc .. etc ..
ATUK KATA …..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal … entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ……

AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA …..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ……
AKU RASA ….. 
betul jugak tu ……
ORANG KATA …..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat …… baru hati puas!

ATUK KATA …..
ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo ….. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA …..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ….. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA …..
err ….. betul jugak tu ……