Tanggal 27 Januari yang lepas kami menerima jemputan dari Fakulti Sains Kesihatan Kolej PTPL Shah Alam sebagai pengendali dan penceramah bagi teambuilding tersebut. Program yang berlangsung sepanjang hari di Ilham Resort Port Dickson itu telah dikendalikan oleh pihak kami iaitu dari saya sendiri dan rakan setugas Cikgu Jinggo serta dibantu oelh juru teknik kami En Fauzi.. Berlangsung dengan jayanya sehingga membuahkan bibit kesetian sesama rakan dan rasa cinta pada kerja adalah motif kami agar semangat berpasukan ini dapat diteruskan apabila kembali pada tugas masing masing di kolej PTPL nanti.
Program yang bermula 9.30 pagi tu di mulakan dengan ucapan aluan dan diteruskan dengan ice breaking yang kendalikan oleh Cikgu Jinggo. Berlangsung dengan meriah dan diselangi dengan hilai tawa peserta program nyata program ini mampu memecahkan dinding pemisah yang ada. Antara program lain yang berlangsung pada sesi siang hari adalah berkisarkan pembentukan kumpulan yang kukuh dan mengiratkan lagi hubungan dengan permasalahan yang diberikan kepada peserta .
Pada sesi malam pula aktiviti diteruskan pula dengan dimulakan oleh saya melalui penceritaan perjalanan hidup serta kaitan dengan keputusan yang telah kita buat. Slot diteruskan pula dengan kendalian Cikgu Jinggo melalui Slot hati ke hati bertujuan mengetahui isi hati masing-masing dan memupuk semangat setiakawan dalam pasukan. Sesi berlansung dnegan penuh kedamainya telah merungkai permasalahan yang dan menuju kearah penyelesaian..
Aktiviti berlarutan hingga hampir tengah malam malam dengan sambutan hari lahir salah seorang peserta program secara kujutan. Nyata sifat setia dalam pasukan itu menjadikan kami berasa bangga dengan mereka. Program diakhiri dengan penutupan dan bacaan doa ukhwah bagi memohon kehadrat Allah moga pasukan Sains Kesihatan PTPL terus maju jaya dalam membentuk modal insan yang cemerlang.
Dari kami selaku pengendali program mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama yang diberikan selama program berlangsung. semoga ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga itu akan kekal terjalin hendaknya. Ribuan terima kasih juga buat pihak Pengurusan yang diketuai En Suif Sainan kerana memilih kami selaku pengendali program bagi sesi teambuilding tersebut. semoga hubungan yang terjalin akan diteruskan dengan program yang lain.
No comments:
Post a Comment