Monday, 1 August 2011

Motivasi - Rahsia iblis yang patut kita ketahui


Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"


Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,
pemungkir janji."


Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"


Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak
Membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."


Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal
engkau?"


 Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika
tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah
benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, Malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"


  Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
Mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"


Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut
Bulu  ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan
bersekedudukan dengan engkau ?"


Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan
mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila
dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan
pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan
bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah
pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak
terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"


Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan
hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa
ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi
dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"



Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika
berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan
sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka
betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Ilahaillallah dan
istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".


"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan
kanak-kanak yang bersiul itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba
dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang
bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau
di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari
gelap-gelita kepada terang-benderang".


Jawab Iblis: "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah
Katanya

: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh
mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya
senanglah hamba mencelah di dalamnya"


 Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka
itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan
Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.  Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat


  2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut
hasutanku.


  Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat
mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


  Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan
hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat
Muhammad  SAW.

Kem Desa Selesa Tanjung Malim.

Pusat Perkhemahan Dan Percutian Kem Desa Selesa terletak di Tanjung Malim, Perak yang bertemakan pusat perkhemahan dan percutian dalam dusun buah-buahan dengan dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Pemandangan di Kem Desa Selesa ini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dipenuhi pohon-pohon buah-buahan. 


Selain kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Samak memberi kelainan kepada pengunjung yang datang. Dengan kemudahan yang mencukupi serta selesa, Kem Desa Selesa menjanjikan kepuasan kepada setiap 
pengunjungnya.

Matlamat utama kem ini adalah mewujudkan pusat perkhemahan dan percutian yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat
 
 
Visi

Memberikan kemudahan perkhemahan, percutian dan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.

Misi


Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.
 
 
 
Aktiviti-aktiviti yang disediakan di Kem Desa Selesa adalah 
bertujuan untuk membina kekuatan dari segi mental dan fizikal. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan kepada pelanggan kami :
 
 
Outdoor 
*Sukan Air
*Jambatan Gantung
*Jungle Trekking
 
 
 
Indoor
*Program Team Building
*Kem Pemantapan Organisasi
*Kem Bina Insan
*Motivasi Pelajar
*Hari Keluarga
 
Untuk Tempahan Program/Jurulatih/Catering :
Hubungi Brain@work Resources 
013 2968763-  Mus
Facebook : mkh_resources@yahoo.com