Monday, 1 August 2011

Motivasi - Rahsia iblis yang patut kita ketahui


Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"


Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,
pemungkir janji."


Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"


Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak
Membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."


Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal
engkau?"


 Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika
tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah
benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, Malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"


  Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
Mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"


Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut
Bulu  ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan
bersekedudukan dengan engkau ?"


Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan
mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila
dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan
pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan
bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah
pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak
terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"


Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan
hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa
ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi
dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"



Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika
berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan
sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka
betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Ilahaillallah dan
istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".


"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan
kanak-kanak yang bersiul itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba
dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang
bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau
di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari
gelap-gelita kepada terang-benderang".


Jawab Iblis: "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah
Katanya

: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh
mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya
senanglah hamba mencelah di dalamnya"


 Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka
itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan
Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.  Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat


  2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut
hasutanku.


  Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat
mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


  Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan
hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat
Muhammad  SAW.

Kem Desa Selesa Tanjung Malim.

Pusat Perkhemahan Dan Percutian Kem Desa Selesa terletak di Tanjung Malim, Perak yang bertemakan pusat perkhemahan dan percutian dalam dusun buah-buahan dengan dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Pemandangan di Kem Desa Selesa ini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dipenuhi pohon-pohon buah-buahan. 


Selain kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Samak memberi kelainan kepada pengunjung yang datang. Dengan kemudahan yang mencukupi serta selesa, Kem Desa Selesa menjanjikan kepuasan kepada setiap 
pengunjungnya.

Matlamat utama kem ini adalah mewujudkan pusat perkhemahan dan percutian yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat
 
 
Visi

Memberikan kemudahan perkhemahan, percutian dan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.

Misi


Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.
 
 
 
Aktiviti-aktiviti yang disediakan di Kem Desa Selesa adalah 
bertujuan untuk membina kekuatan dari segi mental dan fizikal. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan kepada pelanggan kami :
 
 
Outdoor 
*Sukan Air
*Jambatan Gantung
*Jungle Trekking
 
 
 
Indoor
*Program Team Building
*Kem Pemantapan Organisasi
*Kem Bina Insan
*Motivasi Pelajar
*Hari Keluarga
 
Untuk Tempahan Program/Jurulatih/Catering :
Hubungi Brain@work Resources 
013 2968763-  Mus
Facebook : mkh_resources@yahoo.com







Friday, 29 July 2011

Kem Gunung Senyum, Temerloh


GUNUNG SENYUM RECREATIONAL FOREST
(Temerloh)

         Gunung Senyum was first opened as a 'recreational forest' on the 14th July 1989 and was officially managed by the Temerloh Forestry of Pahang. Apart from its matchless tree species, Gunung Senyum too offers attractive and unique landscapes such as the mysterious caves to explore, as well as jungle trails to follow. Gunung Senyum Recreational Forest covers area of 794 hectares and is located in compartment of 1, 2, 3 and 4, Jengka Forest Reserve


         Here, in Gunung Senyum you can find two limestone hills, namely Gunung Senyum and Gunung Jebak Puyoh. Gunung Senyum stands 550m high. There are more than 20 caves in the hill which can be explored. Some are archaeological sites. Gunung Jebak Puyuh is further away and offers an exciting jungle trek to reach its caves.  Even through Gunung Senyum isn't well known among visitors, the Gunung Senyum Recreational Forest is an interesting destination for those interested in caving and trekking.


       Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak di kawasan perdalaman dalam daerah Jengka Pahang merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sering mendapat tumpuan untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan pada hujung minggu. 

        Dengan suasana hutan dan persekitaran serta kemudahan asas yang lengkap dan terpelihara, pemandangan di sini amat menyamankan dan 
 menjanjikan ketenangan kepada sesiapa jua yang memilih untuk beriadah di sini. Di sini disediakan juga beberapa chalet, dewan serbaguna yang boleh di sewa, terdapat juga tapak perkhemahan dan juga dorm yang boleh di gunakan dengan kadar sewaan yang murah dan sangat berpatutan. 

        Tarikkan utama Di kawasan ini ialah di mana terdapatnya gunung yang di namakan Gunung Senyum dan juga terdapat 27 jenis gua di kawasan ‘Jebak Puyuh’ dan sekitar Gunung Senyum yang boleh di terokai oleh peminat aktiviti riadah.

Untuk Tempahan Program/Jurulatih/Catering :
Hubungi Brain@work Resources 

013 2968763-  Mus
Facebook : mkh_resources@yahoo.com

Thursday, 28 July 2011

Kem Sungai Chongkak Hulu langat.

Kesegaran, Kehijauan, Kedamaian, Ketenangan"
Bunyi-bunyi kicauan burung, deruan sungai yang mengalir tenang, tumbuh-tumbuhan hutan yang tumbuh melata dan udara yang sangat menyegarkan menjadikan Variasi kem yang ada di sungai chongkak sangat menarik serta menjadi pilihan pelbagai pihak termasuklah daripada sekolah, universiti, badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan untuk melakukan aktiviti luar.
Kawasan perkelahan yang sangat terkenal di Hulu Langat iaitu di Sg Congkak. Sungai ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Warga Lembah Kelang sering mengunjungi sungai ini untuk mengisi waktu di hujung minggu bersama keluarga untuk berkelah. Kejernihan sungai ini tiada tolok bandingnya.

Kewujudan pelbagai Kem ini yang telah dibangunkan ini menjadikan ianya pusat aktiviti pendidikan yang menarik untuk disinggahi. terdapat ramai pengusaha pengusaha kem yang ada memeberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pihak anda sebagai pengguna. diantara kem yang selalu berurusan dengan pihak kami di Brain@work resources termasuklah : 
 Kem herba
 Kem D Chongkak Forest 
 Kem Wirajaya
 Kem Rimb Ria Suara Hutan
Antara Kemudahan yang terdapat di sungai Chongkak : 
# Penginapan secara dorm untuk kapasiti maksimum 150 orang.
# chalet-chalet untuk para guru dan fasilitator
# Dewan-dewan ceramah dan surau
# Padang luas untuk aktiviti sukaneka
# Kawasan perkelahan di tepi sungai
# Kolam memancing
# Hutan simpan pensendirian.
# Taman sayur-sayuran dapur.
# Nursery pokok-pokok herba.
# PA system.


Untuk Tempahan Program/Jurulatih/Catering :
Hubungi Brain@work Resources 

013 2968763-  Mus
Facebook : mkh_resources@yahoo.com

Wednesday, 27 July 2011

Kem GuNUng DaTuk... RemBaU.. NeGeri Sembilan..


Mountain: Gunung Datuk [Bukit Datuk; Gunung Rembau; Gunung Datuk Rembau]
Height: 870m/2900ft
Location: Rembau, Negeri Sembilan

It actually takes longer to get there than to hike up the mountain. Gunung Datuk isn't a mountain (don't know how it earned the "gunung" title) as it is really just a hill with a height of 870m. So the trek time isn't very long. Trekking at a moderate speed will take 2½ hours two-ways. We have made it to the top in less than an hour before. So this can be considered a fairly easy trek.
The trail is really straightforward as there's one clear path leading all the way to the peak. It's well-trodden and pretty wide, so trekkers should not get lost nor get tangled with thorny plants. Along the way, there's a patch of yam plants where the leaves stand out from among the common jungle tropical flora.The best part of the trek is at the peak. There is no beirut, nor muddy ground, nor tall trees and bushy shrubs to block one's view. Formed by several gigantic granite boulders (that's really not the word coz they are much bigger than what the word suggests), the area around the peak is spacious. Whoever braves the few rungs of metal ladders and sits at the peak will be offered a 360-degree view. On a clear day, one can see the Seremban town and as far as the Straits of MalaccaOnce at the top, be prepared for for some of the strongest winds on an open mountain top. After the walk up, sitting with the strong cool winds blowing in you face is truly a refreshing experience.

       Gunung Datuk is about 1½ hours drive from KL. To go there, get onto the North-South Expressway and head South for Rembau, Negeri Sembilan. Take Exit 223 (Pedas/Linggi). Immediately after the toll, take a left turn at the T-junction.Go all the way along the road until you reach a round-about. If you follow the signboards along the way, you will be directed to take the 12 o'clock exit to Pedas town. However, a much shorter and quicker route is to take the 3-o'clock exit (you'll by-pass Pedas). Continue along the road until you come to the traffic lights at the end of the road. Take a right turn. Keep going forward (you will soon pass another set of traffic lights) until you see a signboad indicating a left turn to Gunung Datuk. Take the left turn and move on for about About 4km. There will be a junction to the left. This road goes through a rubber estate. Not long along the road, there is a fork; take the left turn. Go all the way and you'll come to Gunung Datuk's base camp.

As of August 1, 2003, the District Office of Rembau has given authority to the Kampung people to collect fees to maintain the chalets and cleanliness of the area. Among the items and sevices that they charge included that of chalets, guidesm canopy rental, chairs, rubber tapping, trekking permit, issuance of trekking certificate, and P.A. system.


The only fees we are aware of are:

Trekking Permit
RM1.00 per person
PermitCamp Site
RM3.00 per tent


Untuk Tempahan Program/Jurulatih/Catering :
Hubungi Brain@work Resources 

013 2968763-  Mus
Facebook : mkh_resources@yahoo.com




















Motivasi - aduhai citut.........

"Tuan-tuan dan puan-puan katak, Hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi tasik titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat!

Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing".

Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing. ada yang berteduh dibawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan yang gilang gemilang yang akan sedang berlangsung ini.

"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekelian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan dari seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu.. dan hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!"

"Ong... Ong.. Ong.." sorakkan dari para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk "Booo... Booo... , dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu.."

Kegarisan...
Sedia...
Mula..

POnnnnn!!! siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.

Penuntut bersorak sorai memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung.. semua peserta kelihatan berenang dengan pantas.. namun begitu kelihatan seekor katak berenang terhoyong-hayang. Ramai yang ketawakannya.

"Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh.."
"aa'ah.. terkedek-kedek macam katak!
"eh bukan die memang katak ker?
"owh lupe.. die katak.. eh kita pon katak jugak kan?"
"a'aah la.. lupe lah.. hisshh."
"hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!"


Weih... Scitut sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang tasik tuh.. kaki kau dah la cacat... telinge pulak pekak... bisu pulak tue! takkan berjaya nyer...
A'aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!
Hahahah...


Setelah 3 Jam pertandingan...

Kesemua katak-katak kepenatan.. seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir..

"dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh siuuuttt.. dah la.."
"katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hampa.."


Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.

"Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi.."

Ada diantara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. ada yang dibunuh.. ..mati katak!

Namun begitu.. si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat.. cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakkan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung..

"Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!" Suara hatinya membisikkan kata semangat.

"Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balas sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah" Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.

Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.

Ha.. begitu jugak dengan kita, walau apa pun kita lakukan.. walaupun kita serba kekurangan.. ade banyak kelemahan dan kekangan.. kita tetap kene lakukan dengan bersemangat! anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada "suara-suara ghaib" itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.

Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karena "suara-suara ghaib" tersebu

Motivasi - Sejenak kita fikirkan..

ORANG KATA …..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA …..
orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study ….. past year papers .. etc .. etc .. etc ..
ATUK KATA …..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal … entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ……

AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA …..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ……
AKU RASA ….. 
betul jugak tu ……
ORANG KATA …..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat …… baru hati puas!

ATUK KATA …..
ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
AKU RASA …..
betul jugak tu ……

ORANG KATA …..
successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo ….. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA …..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ….. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA …..
err ….. betul jugak tu ……